Pengikut mogok lapar

Thursday, November 25, 2010

Oh tidak! aku ditag,

Sekali lagi aku telah ditag.
tapi kali ini oleh wawa dan syarat dia tulis simple je, just tulis 30 perkara pasal anda. Jadi aku macam serba salah nak edit rules yang simple macam ni. Terpaksalah aku tulis 30 perkara.



1) Selalu buat baik kepada orang baik. Contoh macam kalau hang belanja aku hari ni, petang tu jugak aku belanja hang balik.

2) Jarang hutang dengan orang, aku suka bayar as soon as possible.

3) Marah orang jarang, tapi bila dah marah. Watch out.

4) Memerlukan 2 bantal dan 1 selimut untuk tidur.

5) Selalu tidur dilantai ataupun tempat yang tidak selasa sebab konon nak bangun pagi.

6) Agak pemalu.

7) Agak pemalas. (mungkin lebih sedikit)

8) Teringin nak beli but bola Total 90 Laser III. Tapi rasa macam rugi sebab jarang main bola padang.

9) Mempunyai idea yang melimpah ruah, tapi selalu hanya dipendam dan pakai idea orang lain. (mungkin sebab faktor no. 6)

10) Agak kurang keyakinan diri.

11) Agak mudah putus asa. (Selalunya bila nak mengorat.)

12) Tak suka approve lelaki dalam facebook tambah kalau takda mutual friends. Macam pelik.

13) Mampu untuk membaca fikiran orang. (okay, ini tipu.)

14) Pakar dalam bercakap dengan haiwan.

15) Sangat cerewet ketika shopping.

16) Suka cepatkan jam supaya dapat tipu diri sendiri.

17) Benci tunggu orang lambat. Sebab tu aku sengaja datang lambat.

18) Suka Chocolate ais, tapi benci kena bayar harga RM1.80.

19) Susah tidur malam. (sebab selalu berangan)

20) Mempercayai bahawa dalam kalangan semut ada perbezaan pangkat dan kuasa.

21) Tak suka jadi ketua, tapi selalu kena jadi.

22) Teringin nak belajar arab dan hafal al-quran.

23) Suka tengok orang pakai celak atau baju hijau. (hmm 67% betul kot.)

24) Agak geli bila dengar orang cakap "Mamam, titew, shukeww, tomeyy, thayunk"

25) Suka berkias. Jarang cakap direct to the point.

26) Comment "Haii" dekat Liyana Jasmay dalam facebook, tapi dia tak reply pun.

27) Jenis cool dan jarang ada ekspresi muka. (ini dah lebih. hahah)

28) Jenis tak sabar dan mahu cepat-cepat habiskan 30 perkara ni.

29) Mahu pergi oversea tapi takut tiada ayam halal.

30) Tak suka orang yang condemned orang lain buat itu ini, tapi last-last dia pun terikut sama.




Rupa-rupanya sikit jugak 30 perkara ni,
rasanya kalau nak tulis semua memang lebih 1001 perkara tentang aku.

9 comments:

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

Haha risau dekat oversea tak da ayam halal? apekah.

Orang kata kita tak boleh tipu diri sendiri. Bila cepatkan jam nanti akan sengaja lambat2 jugak sebab tau jam tu cepat beberapa minit.

Kenzo said...

ohh sebab saya jarang makan ikan. hahah,

itulah kadang2 tu mmg dah tahu yang jam tu cepat. tapi entah kadang2 pun tertipu jugak. hahah

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

oh i see. tapi ikan mahal. huhu.

Wahida Jumaat said...

ceh..senang 30 perkara...baik aku mintak 100 ajer.hahhaa.

thanks.. :)

kenzo said...

nana:lahh,
ayam halal ade dan murah ke?
hahaha,


wawa: uishh, sehari jenuh aku nak tulis kang..hahaha

yaya said...

aku komen hai kat kau, kau tak balas pun.

*aku tipu ja.

kenzo said...

ahaha,
bukan aku dah reply "haii"
balik ke?

*aku pun tipu sama.

Amalina Raus said...

HAHA kebanyakan nye lawak ;)

Kenzo said...

ahah,
tapi semua betul lahh..:D