Pengikut mogok lapar

Tuesday, December 22, 2009

Aku Bukan Ahli Geologi

Okay,
Untuk pengetahuan korang, dan hanya mak dan aku sahaja yang tahu benda ni.

Aku sangat lemah dalam Geografi.

Al-kisah aku terdetik hati untuk pergi shopping kat Pulau Pinang. Sebab Pulau Pinang time ni memang banyakla Sale, harga diskaun 80% pun mesti ada. Krismas kan, sapa tak nak untung. Cina banyak pulak tu kat pulau, mesti diaorang kene raya sakan untuk Hari Krismas. Jadi aku pun akan tumpang gembira untuk pergi shopping kat Pulau Pinang. (Ye, aku sukakan keuntungan)

Dan harap je dah 1 tahun setengah aku jadi orang Penang. Aku masih lagi tak tau selok belok jalan diPulau Pinang. Tambah-tambah lagi dekat Pulau sana, memang tak taw apa. Aku teringin nak pegi Plaza Gurney.

Berbekalkan pengetahuan Geografi yang cetek, tetapi sangat mahir dalam penggunaan teknologi. Jadi aku Download Google Earth dan Google Chrome untuk cari koordinasi sasaran Plaza Gurney.


Pulau Pinang.


Tetapi sebelum tu, aku pernah pergi Queensbay Mall di Pulau. Jadi lebih baik aku test Google Earth dengan mencari Queensbay Mall dulu.



Queensbay Mall

Sangat pelik.
Dipenuhi dengan Hutan Hujan Khatulistiwa.
Dan hati aku berkata, "Dah nak masuk 2010 nih..Tak siap lagi ke Queensbay Mall ni? "

3 minit masa aku kerugian. Rupa-rupanya tersilap baca peta...


Lokasi Sebenar Queensbay Mall


Dah rase macam peta nih terbalik pulak sebab aku dari Jambatan Pulau Pinang.
Nak pergi ke Queensbay takdelah susah sangat..Yang susah adalah Hari Esok.


Dan ini Baru Plaza Gurney.

Gurney Plaza

Siap depan tu ader laut. Perlu ke aku bawak pelampung? Hahah, rasenye tak kot.. Situ memang bukan tempat untuk mandi.

Yang mencabar adalah Hari Esok.
Bershopping ke Plaza Gurney.. =]

Dan kalau aku ninja dalam cerita Naruto, ini misi kelas S.

No comments: