Pengikut mogok lapar

Saturday, February 13, 2010

Tentang Aku dan Dia



"Awak, free tak? Jum saya belanja makan." "Awak..memang dah lama saya tunggu awak ajak saya makan ni..Hepinya saya!"



Bahagianya hidup.
Rasa macam boleh terbang kalau Ruzaini dapat keluar makan dengan dia. Tapi matlamat ini akan tinggal angan-angan kalau Ruzaini hanya baring diatas katil, teringatkan si dia. Ruzaini perlu kuatkan semangat lagi untuk bertemu dengan dia. Ya, siapa lagi.


Si Julia.
Gadis bandar yang menjadi pujaan ramai. Tak kira disekolah, diasrama, ataupun dimana-mana sahaja. Dia tetap punyai peminat. Ruzaini mungkin mempunyi antara 20-30 pesaing. Ditambah pula Ruzaini seorang yang cepat putus asa. Selalu lebihkan orang lain daripada dirinya sendiri. Mungkin disebabkan itu Ruzaini teragak-agak untuk mendekati Julia.


Trial SPM sedang berjalan.
Waktu tu dewan peperiksaan sedang dijalankan. Ruzaini dan Julia ditempatkan di dewan yang sama. Agak sukar untuk melihat Julia, kerana masing-masing busy menghafal nota. Tetapi, sebelum peperiksaan dijalankan Ruzaini sempat melihat Julia. Julia pun seperti tahu yang Ruzaini melihatnya. Seperti ada Eye Contact diantara mereka.


Semangat makin berkobar..
Tulis Karangan BI pun tersenyum-senyum. Teringatkan hal tadi.
Ruzaini selalunya akan menjawab soalan yang perlu disambungkan ayat. Sebab karangan tu lah yang boleh merapu sesuka hati:




....She is everything to me.
We always go to the garden every evening. Playing "hide and seek".
And it is only me that always seeks her.
She only likes to hide herself.
Which is not fair for me.
But love conquer everything.



Lebih kurang lah.
Nak buat ayat pun susah. Ruzaini pening kepala mencari ayat yang sesuai dan berusaha untuk mengurangkan Grammatical Error.

Akan tetapi.

"Masa anda tinggal 5 minit sahaja. Sila ikat kertas jawapan anda dan semak semula jawapan."

Ya, apabila datang detik cemas seperti ini. Andrenaline dalam badan juga akan terhasil. Jadi dengan spontan Ruzaini harus menghabiskan karangan beliau:



...and suddenly she was attacked by huge venomous snake.
She must be hidden behind that tree.
Which have a deep hole on the bottom of the tree.
The nest of that snake.

She fainted.
The snake must have stung her.
I'm so scared.

Her leg was bleeding..
I reach a stick and knocked the snake.
The snake ran away.

I grabbed her and rushed back home.
Her parent brought her to hospital.

and
the doctor said that she's not going to make it.
She died.




Selesai sudah.
Ikat kertas dengan senang hati.
Tetapi karangan ini takkan berlaku dekat Julia. Sebab Ruzaini sanggup pijak ular tu sampai mati. Lubang dekat bawah pokok tu pun nanti Ruzaini kambuskan. Biar anak-anak ular tu mati lemas.

Ruzaini sukakan Julia.
To be continue.