Pengikut mogok lapar

Tuesday, June 1, 2010

Tertipu.





Dulu semasa aku kanak-kanak aku boleh dikatakan agak lembap berbanding budak lain, jadi aku sering juga ditipu oleh pelbagai golongan masyarakat. Setelah beberapa minit kejadian berlalu, baru aku rasa macam aku ditipu oleh mereka.


Contohnya Pakcik Din yang sedapkan hati aku dengan cakap yang sunat tu sakit macam kena gigit semut je, tak puas hati betul aku dengan dia lepas tu... Lepas beberapa bulan, aku tipu anak dia balik cakap sunat memang tak sakit dan memang macam kena gigit semut je. Baru anak dia rasa langit tinggi ke rendah.

Dan beberapa kali jugak aku ditipu oleh atuk.
Sebab masa aku kecik, atuk lah Doktor Gigi, Engineer mahupun Security Guard. Tiap kali gigi aku sakit dan nak tertanggal atuk mesti cakap "Bagi atuk tengok kejap" dan faham2 lah lepas tu aku meraung macam orang sesat dalam hutan mintak tolong bila helicopter lalu.


Sekarang sudah dewasa.
Agak susah untuk ditipu sebab aku sangat berhati-hati.
Semalam atuk suruh aku gunting rambut dia yang dah panjang.


" Tolong guntingkan rambut atuk, panas lah. "

" Atuk bukaklah dulu seluar tu, nanti kotor pulak. "

" Takpe, seluar ni hitam. Tak nampak pun rambut. "


Aku pun gunting dengan rapi sehingga tak ada lagi rambut yang boleh mencecah sehingga 10cm. Rasa sangat bangga dapat gunting rambut atuk sendiri. Selepas beberapa minit, baru aku perasan yang rambut atuk semuanya warna putih. Habis kotor seluarnya.



Aku tertipu.

5 comments:

mimie said...

tipu sunat xpe kowt..
psychology knk2 bak kate owg jawe..ngee;p

wah sgt beruntung stil de atuk ;)
wtkan sy rndu sama my grandpa too!

Kenzo said...

ahah,
yup2.. and i'm so glad still ade atuk ngan wan..:D

chanana said...

ahahaa. eman eman...
eman tertipu. hahaha ;p

Kenzo said...

ouhh,
sejak bila pandai berblog neh..:P

chanana said...

sejak sekarang la. hahaha