Pengikut mogok lapar

Wednesday, June 30, 2010

Tukang sapu pun Portugal?


Siapa sokong Spain ?

Semalam aku berada di Equatorial Hotel, Bangi. Hantar kakak yang berpindah tempat kerja dari Ipoh ke Keluang. Jadi aku terpaksa tidur semalaman. Tetapi pihak hotel tak bagi Channel Supersport sebab takot menggangu penyewa lain tidur. Aku pun terpaksa turun ke Cafe untuk tengok game Spain lawan Portugal.

Disana sudah ada 5 Mat Salleh berbaju ala-ala Steve Erwin duduk sebaris mengadap TV. Ada satu kerusi kosong dihujung sekali, aku duduk sebelah kerusi kosong tu. Tak lama kemudian, datang 1 lagi Mat Salleh badan macam Battista duduk sebelah aku. 6 Mat Salleh dengan 1 Melayu sejati sedang menonton bola. Aku diam tersipu-sipu.

Kalau kamu peminat fanatik Spain, mesti rasa macam nak menjerit bila Spain score gol. Dan apabila David Villa score kan 1 gol untuk kalahkan pasukan Portugal, jadi aku berdiri dan jerit sekuat hati.


"Goooooaaaal Espanyolaaa!"


Lantas keenam-enam Mat Salleh tu tengok aku dengan muka agak bengis. Yang pelik, tukang sapu sampah curi-curi tengok bola pun tengok aku dengan muka bengis. Aku terdiam. Duduk balik dengan sopan.


Orang Portugal bercuti di Malaysia?

6 comments:

Wahida Jumaat said...

dorg pun nk cari rezeki kt malaysia laaa.. :P

kenzo said...

tapi yg tukang sapu ala-ala bangla pun marah aku ke? hahah

Wahida Jumaat said...

hahaha..
tu celup portugal kot!

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

Germany sudah layak. Semoga berjaya buat Spain ;)

Juℓi€t ™ said...

aish pe lah mat salleh tu. poyo betul dah tak goal 2 nak bt cmner dok diam sudah.

Kenzo said...

liyana: so Spain pun sudah layak sekarang..;]


juliet: hai lame tak nmpk? ;] tah ckp bahase ape pun tak tahu..haha