Pengikut mogok lapar

Thursday, July 14, 2011

Tips tahan mengantuk.

CK tanya kalau ada tips untuk tahan mengantuk dalam kelas,
aku pun fikir sekejap ade ke tak tips untuk tahan mengantuk dalam kelas.



. . .


. . . . .


. . . . . . . .



Okay, takde.
aku memang suka tidur dalam kelas. Jadi lebih elok kalau aku bagi tips untuk tidur dalam kelas dengan selamat malah lecturer siap ingat kita ni rajin orangnya.

jangan risau,
tiada peralatan khas yang diperlukan untuk tidur dalam kelas. Hanya perlu mahir menggunakan bahan sekeliling, lokasi dan arah geografi.



Tidur menggunakan buku:



Teknik umum yang masih lagi berkesan sehingga hari ini.
Hanya perlukan buku yang besar dan mampu untuk menutup seluruh badan. Teknik ini sangat berhasil jika dewan kuliah yang besar ataupun anda suka duduk paling belakang sekali.



The 45 degree ninja:


Teknik rahsia yang aku selalu guna dan dinamakan 45 degree ninja.
Sebab teknik ni korang perlu sangat teliti dan peka terhadap kedudukan lecturer. Kalau lecturer yang kurang berjalan dalam kelas tu okayla dan paling penting sekali korang kena mahir memegang pen tanpa jatuh semasa tidur.

Lecturer sendiri akan ingat korang ni rajin menulis dan tak banyak bercakap. See, automatik dilabel budak rajin. :)



Talk to the wall:


Perfect spot.
Ini lebih kurang macam ditakdirkan kelas korang ada tiang-tiang besar. Memang perfect spot untuk tidur gaya tersendiri sebab lecturer dan anda masing-masing tak ada eye contact antara satu sama lain.

tapi untuk lecturer yang suka berjalan, watch out! konfem terperanjat. hahah



Heaven on earth:


Semua orang boleh tidur.
Kelas Komputer adalah bilik tidur kedua aku. You can sleep whenever you like, Wherever you want.


Sleep tight.

4 comments:

FH said...

kelas komputer la syok on9. maen game..takkan mengantok punyeee.
mata pandang lecturer, mouse bergerak. haha

Juℓi€t ™ said...

saya setuju!!!

aleen aiden said...

hahah.aku dulu xyah nak selindung2.meja betul2 depan meja cekgu,selamba aku landing kepala atas meja.kah3

ckozarith . said...

ape kata ck bwk je tilam ngan bantal skali slimut beserta jajan sblm tido je pi kuliah ? HAHAAAAAAAAAAAA tq utk entri nih :D