Pengikut mogok lapar

Monday, September 5, 2011

Aiskrim hijau.


Tahun 1998.

Sebelum pegi sekolah, mak bagi duit belanja Rm1.00 letak bawah meja. Aiskrim ni dulu harga 70sen. Tapi bukan jenama Nestle la, ini je gamba yang jumpe.

Nenek aku nyayuk,
maybe sebab jangkitan barah dalam otak dah rosakkan sistem saraf. Jadi dia suka sangat makan aiskrim ni. Sampaikan hari-hari kalau boleh nak makan aiskrim, bagi duit suruh beli. Dalam dia ada susu, luar macam rasa air Mountain Dew.

Hari demi hari,
makin menjadi. Duit sekolah aku pun nenek amik, kasik kat aku suruh beli aiskrim. Mula-mula aku beli jela sebab ada lagi duit kumpul yang dulu. Tapi dah nak dekat seminggu nenek guna duit sekolah aku, aku jadi marah.


"Nenek, ni duit eman pegi sekolah la!"


jadi kadang nenek sendiri lupa,
dia dah makan nasi ke belum, marah tiba-tiba. Macam-macam lagi. 

Tahun 1999,
darjah 4 tak silap. Nenek dah takde, masa kebumi semua orang nangis. Tapi aku tak paham kenapa aku susah sangat nak nangis, kakak aku pun tegur. 

Menyesal sebab tak sempat nak buat apa-apa. Kenapa tak ikut je cakap dia belikan dia aiskrim hijau tu. Biarla lapar sikit dekat sekolah, asalkan dia happy. Menyesal tak sudah. 

Sekarang,
Atuk pulak nyanyuk. Mungkin sudah tiba masa aku berubah, balas balik jasa nenek bela dari kecik sampai besar dengan jaga atuk sebaik mungkin. Aku akan cuba sehabis baik.


Tolongla sayang nenek dan atuk anda.

4 comments:

aleen aiden said...

pergh..ini eskem feveret2 aku smpai skang tahu!hu3

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

nenek, atok, dan ais krim tropicana sedap!

Queen Bee said...

aku faham perasaan tu. :'(

aleen aiden said...

smalam aku mkn eskem nih.yeay!!! ^_*