Pengikut mogok lapar

Monday, June 15, 2009

Taiping, Bandar Warisan

Cakap je Taiping aku terfikir orang2 dah pencen, warga emas, dan kenderaan slow motion. Sebab Taiping memang tempat tinggal orang yang dah lanjut usia. Taiping sangat tenang dan selesa...


Ok, aku ada banyak sebab kenape korang patut datang Taiping, Bandar Warisan nih. Berpuluh-puluh tahun dah aku hidup kat Taiping. Banyak tempat2 besh yang aku suke lepak. Sekarang aku akan kasi sebab yang terbaik untuk korang melawat Taiping;





Sebab yang paling utama sekali ialah Taiping ada Aku.


Ye, korang boleh jumpa aku di Taiping. Aku ada dimana-mana sahaja. Just call my name 3times. Then, tadaa!! i'm here!!




Sebab kedua ialah;

Bismillah Cendol,
Cendol pulut paling sedap pernah aku jumpe. Sekali makan mesti nak tambah sebab mangkuknya agak kecil. Kedai dia ada bidai kayu yang boleh menghalang sinaran matahari dan tempias hujan. So korang boleh makan cendol tak kira keadaan cuaca ribut mahupun kemarau.. Tetapi body language sangat penting, sebab apabila korang nak order cendol.. Bahasa kena jelas dan menggelengkan kepala sedikit.. Baru mamak tu lebih faham kehendak pelanggan. Aku pernah order Cendol pulut tanpa kacang merah, dan hasilnya dapat Pasembur..




Sebab ketiga Taman Tasik,

Tempat mencari jodoh,
Rumput, Pokok dan Tennis Court semuanya Hijau... Kerusi rehat jugak dikhaskan untuk 2orang sahaja. Ramai couple selalu lepak disini dan menikmati keindahan alam sekitar. Yang single jugak mengambil peluang untuk lepak, kalau-kalau jodoh mereka ada di Taman Tasik.


Bandar Taiping nih agak sunyi, hanya bila hari perayaan je jalan akan sesak dan bising. Anak-anak balik jumpe mak bapak di kampung (Taiping). Tetapi sekarang nih, aku agak pelik. Sebab Taiping makin bising walaupun tak ada hari perayaan. Mungkin ini puncanya;



Taiping Sentral dan Tesco,
Bila ada 2 benda besaq nih, tiba-tiba orang Taiping bertambah ramai. Agaknya orang-orang dari Simpang, Batu Kurau, Kerian, Matang semua keluar lepak sini. Serabut kepala aku.



Pasar Terbaik,

Semua bahan mentah ada dalam nih, cakap je nak ape, ubi, tebu, kucing, ape-ape lah... Yang paling menarik around pukul 12 hingga 1 malam korang dapat lihat orang hantar Khinzir yang dipotong betul-betul separuh. Memang separuh lah, betul-betul menarik.



Kueyteaw Terbaik,

Memang sedap, percayelah.
Nasi ayam dia pun sedap giler, aku boleh makan 3pinggan tanpa henti.. Kalau taknak kene penampar jangan mintak bende lain..Sebab tu je yang diaorg jual.. hahah



Dan feberet aku ialah, Restoran Pelita Taiping;

Aku memang suka pegi restoran nih, lepak ngan member,sembang2, kutuk2 orang, tengok2 orang, pukul 4pagi pon ada roti canai, dan yang paling best sekali ada pelayan seakan Superstar Wrestler kat situ.


Encik Battista,

Mamak Battista,


Memang hampir2 serupe!!
tiap kali dia datang nak amek order, aku mesti pecah perut tergelak tengok muke dia nak sama cam wrestler tuh..Nak order pon kena berhati-hati sebab takut dia PowerBomb takpun RockBottom aku..

And aku suka panggil dia ''Battista! Roti canai satu! Kuah bubuh atas!", dia tak paham tapi dia tau yang aku mesti nak roti canai..hahah





Credit to Apek, dia ja berani mintak nak snap gamba Battista nih, aku tak mungkin..Konfem K.O kalau dia ChokeSlam aku.

7 comments:

e f a said...

weyh...
taiping dh huru hara ah..
kuwang aman dh..
huwaaaaaaaaaa...
nak dtg taiping pown tkot..
weyh..
aku nk ngowat mamak tue..
ta nsem tp muka dye manja ah..
wah wah..
chumeyl gitue..
hahahhahahahahahha....

Kenzo said...

alah, dengar crite je camtuh..
aku yg 24jam duduk taiping hidup je..hahah
mkn pon cukup.
jgn risau lah, khabar angin mmg camtu. ;DD

e f a said...

weyh..
aku duk ckp pasal mamat tue larh..
manja manja..
haha..

Kenzo said...

bahaha, manja?
ceit, aku sikit punye hensem..
taknak keh? haha

mlm tadi aku pegi jgk!
dia bz amek order..
sangat rajin oohh.. haha

e f a said...

wah wah..
laki rjen tue yg aku minat weyh..
mintak num fon..
haha...

Izzy Rozali said...

HAHAHA ni best doh suamii :D

Kenzo said...

ahaha, mamak tu mmg srupe! lawak btol!