Pengikut mogok lapar

Friday, July 3, 2009

Tiada Perasaan.

"Haa man, camne pergi Cameron Highland tu? Best takk? " tanya akak.

Boleylahh.. (Dengan selambe aku cakap.)

"Man, tadi akak tgk kau tak gelak pon mase tgk Transformers? Best takk?"

Boleylahh.. (Selamba lagi.)

"Kau nih, macam tak best je Hidup? Asek boleyla, boleyla.. Takde bende ke yang kasi kau Seronok? Kau nak Hidup lame tak? Macam takde perasaan jek.."


Aku? Takde perasaan? kadang-kadang betul jugak cakap akak. Mase aku sekola dulu pon selalu cikgu dan rakan sekelas perli aku cam takde perasaan jek bile menjawab soalan. Yeke? Betul ke dah takde ape dalam dunia nih boleh kasi aku Seronok? Teruja?

Nahh... Takdelah.. Rasanya aku Happy dengan hidupku, takkan la bile semua orang gelak time tengok scene Transformers aku perlu gelak skali?
Ntah, takdela lawak mane pon, mungkin tahap lawak aku lain dengan orang lain. Mungkin aku ni Pelik.

Tapi, boleh je aku gelak bile tengok seorang nenek dalam iklan cakap " Ape tuu Bio Auraa ?~~, Syukur Alhamdulillah.." dan jugak tiap-tiap kali menonton cerita Spongebob.

Cameron Highland agak best lah, dan bila aku nak tonjolkan 'best' tu aku cakap la "Boleylaa.." ke mungkin cara aku cakap yang salah?.. dah lame jugak tak pergi Cameron, dan bile aku pergi pelik jugak aku tengok benda2 disana;


Signboard didalam hutan, diatas bukit.

Pelik jugak, Selalu signboard camnih aku nampak dekat Jalan Persekutuan jep... Dan malam tu mak ajak pergi tengok Sarkas The Dreams, sarkas orang putih.. magic-magic memang wajib, kesian jugak orang putih tu buat magic dapat tepukan sikit jep, heh.. Al-maklum orang melayu yang tengok..

tapi kenapa abang yang jage dalam sarkas nih tak bagi btol aku amek gamba, bukannye nak jual kat orang pon, tiket pon mahal, Rm80.. Kene ke heppy tengok sarkas?

Dan keesokkan harinya..
Aku pegi tengok ikan.. kat KLCC, aquaria.. penat jugak berjalan.. macam-macam jenis ikan aku tengok.. tapi aku lupe nak tangkap gambar.. yang dapat diSnap, seekor katak sebesar penumbuk..

Katak berendam.

Overall pergi bercuti nih oke, yela best jugak tido kat Cameron, sejukk.. Takdela panas sangat cam kat Taiping.. Tapi ade satu je yg aku benci tengok;


Tong Sampah Beruang.


Peliklahhh.. banyak plak tu tong sampah camnih kat dalam Hotel tu.. meluat aku tengok.. nak buang sampah dalam nih pon tak sampai hati..hahah

Kalau nak tengok Transformers pon rasenye kat depan rumah aku pon belambak;


Optimus Prime

So mungkin aku ni lain daripada orang lain, tak macam orang awam. Bile kene gelak, diaorg gelak, bile takut, diaorang takut.. Tapi aku lain..aku adalah aku.

Jadi jangan samakan aku dengan orang lain.

3 comments:

ashmiracute said...

aduyaiii,,tepuk kepala aku tengok transfomers kau=))

lawak dowh!

seniorita yaya da' bee said...

memang takde prasaan :P

ahahaha..

weyh, comey la tong sampah tu :P

ahahaa..

kenzo said...

asmiracute,
ahah, itu mmg optimus prime lah, ;D
bublebee pon aku pnah nampak tau..ngee


yaya,
mne de comey ohh.. pelik2 je tong sampah camtu.. geli tgk..haha