Pengikut mogok lapar

Saturday, August 29, 2009

Kemaafan Diharapkan

Asaalamualaikum.

Sebelum Hari Raya tiba, aku ada beberapa ucapan memohon maaf kepada semua penduduk bumi. Tak kira kau seorang manusia ataupun seekor haiwan.

  • Haji Uztaz Saidin(Imam Surau kg. Jana), Terima kasih kerana memahami kami. Walaupun dentuman meriam buluh malam tadi agak ringan dan mungkin menggangu tarawikh beliau, Kesabarannya tetap ditahap cemerlang.
  • Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah, Mungkin penduduk asrama dan ustaz-ustaz ingat kami adalah pencuri ataupun pengganas. Percayalah, ianya hanya permainanan "Hide and Seek" dan "Police and Thief" yang diemplimentasikan ala Komando.
  • Kebun Rambutan Pakcik Hamdan, Aku mewakili rakan-rakan diharap pakcik dapat menghalalkan apa yang telah/mungkin diharamkan oleh pakcik.(We're just a kid)
  • Adik Along a.k.a Toyol, sebab aku terpanggil hang Toyol dah nak dekat 1000 kali. Harap hang tak jadi toyol yang sebenar. Minta maaf juga kepada ikan peti yang hang penat tangkap dan aku baling balik kedalam longkang.
  • Ayam separuh buta depan rumah Tok Milah. Disebabkan aku, kau jadi tempang.
  • Tebuan tong sampah rumah wan, Tolong jangan salahkan aku. Aku masih muda waktu itu.
  • Kamal(Seekor kucing), walaupun aku tahu kau betina.


Diharap dapatlah penduduk-penduduk bumi sekelian maafkan aku ye. Dah banyak salah silap aku lakukan. Harap Ramadhan ini jadi ramadhan yang terbaik buat aku. =']


Ohh ya, tidak terlupa juga Kucing PULMAT yang hampir-hampir bertukar menjadi seekor arnab. Mungkin waktu itu aku tersangat mahukan arnab.





Please, Don't try this at home.

3 comments:

mimie said...

bgs3..sdr pown dri 2 byk wt silap..
haha..
police&thief??uit..da bsr pn mau men g mainan 2 g ka??
mmg ley msuk ktegori knk2 riang la kamu ni..
hee..=p

syerahasan said...

ye, sy maapkn anda, haha. ;)

e f a said...

mendera kucing..
jahat kau..