Pengikut mogok lapar

Saturday, August 15, 2009

Tentang Aku dan Dia.

Dah lama aku tak cerita pasal Cinta.
Lupakan dulu pasal Kedai Terbaik Dunia tu sekejap. Hari ni, kisah cinta antara Ruzaini Hamid dan Julia Johari. Al kisah, pada satu hari didalam sekolah, sewaktu rehat;

Julia masa tu ade didalam kelas, study akaun kononnya, Yela trial dah nak dekat... Jarang keluar rehat. Meja Julia masa tu adalah yang paling tepi dan dekat dengan tingkap. Jadi sambil-sambil membuat latihan akaun, Julia selalu pandang diluar tingkap, menunggu seseorang. Julia menunggu seorang lelaki melayu, kacukan cina, tinggi, segak dan juga diminati ramai.

Ruzaini Hamid.

Tiap-tiap hari sewaktu nak rehat, Ruzaini akan lalu kelas Julia untuk pergi ke kantin sekolah. Masa inilah yang dinantikan oleh Julia. Dalam sehari, Julia pasti akan dapat melihat Ruzaini, paling kurang 2 kali iaitu ketika Ruzaini nak pergi rehat, dan balik semula ke kelas. Rasanya Julia sudah mula sukakan Ruzaini.

Malangnya Ruzaini tak pernah tahu yang Julia sukakannya. Ruzaini terlalu sibuk bergurau dengan kawan semasa hendak ke kantin. Julia tersenyum memerhatikan gelagat Ruzaini dari celah tingkap. Sungguh ceria. "Happy je die ni, mesti kelakar orangnye. Hensem pulak tu" Bisik Julia.

Sebenarnya Julia juga agak popular disekolah. Ramai juga orang yang meminatinya dan banyak jugak yang menghantar surat, kirim salam dan cuba mendekati Julia. Julia tetap tak mahu. Menunggu orang yang diminatinya.

Dan pada satu hari tu, sewaktu Ruzaini hendak pergi ke kantin. Tali kasutnya tertanggal dan Ruzaini betul-betul berhenti ditepi tingkap kelas Julia. Sambil membetulkan tali kasutnya, dia ternampak seorang perempuan yang begitu tekun mengulangkaji pelajaran.

"Cantiknye die ni. Tapi kenape tak penah nampak pun sebelum ni? Pelajar baru agaknye?" Bisik Ruzaini. "Tapi takkan lah dah nak dekat SPM masih pindah sekolah? Ishh, aku yang tak perasan sebelum ni agaknye." Katanya lagi.

Tiba-tiba Julia tertoleh kearah tingkap dan betul-betul melihat Ruzaini yang sedang memandangnya. Ruzaini jadi serba salah, malu agaknya dan terus bejalan laju kekantin. Mengejar kawannya.

Julia kaku sekejap.
Agak terperanjat sebab orang yang diminatinya betul-betul didepannya. "Macam tak percaye, betul ke die pandang aku tadi? ". Tersenyum seorang diri.

Di kantin pulak, sambil makan nasi lemak 2 bungkus. Ruzaini terfikir "Sape name die ah? Kenape la aku terus blahh je tadi.. Adeh, patut aku tegur la.. Pemalu sangat la kau ni Ruzaini"
Sampai terkene sambal nasi lemak diseluarnya. Asyik memikirkan perempuan dikelas tadi. Cepat-cepat dia pergi basuh disingki.

Waktu rehat dah tamat.

Ruzaini sekali lagi melalui kelas Julia. Cuba mencari gadis yang mencuri perhatiannya tadi. Dan kali ni, Gadis tu jugak memandang tepat kearahnya. Ruzaini sekali lagi menjadi malu dan serba salah. Lelaki mane la yang tak malu kalau gadis yang diminatinya bercakap/melihatnya..

Ruzaini cuba beranikan diri. Senyum dan angguk sedikit ketika Gadis tu memandangnya. Dan yang paling menceriakan hidupnya pada satu hari tu ialah apabila Gadis tu juga membalas senyumannya dari celah tingkap.

Satu malam Ruzaini tidak dapat tidur dan asyik terbayangkan senyuman Gadis tu. Begitu juga Julia, tak sabar untuk Julia menunggu hari esok dan menunggu sehingga Ruzaini lalu dikelasnya.
Sejak hari tu, Rozaini dan Julia sering membalas senyuman. Seperti ade satu connection antara mereka berdua.



to be continued.

3 comments:

leE said...

haha...comeyyyyy...
eyy..
ape sambungan dye???
tak sabar nieyyhh

baNANA;) said...

ala.knpe sambung2?haha

Kenzo said...

ala nanti la eh, kinda bz..hehe