Pengikut mogok lapar

Thursday, August 20, 2009



"Man, tahun nih Man kene belajar puase tau..Man dah besar."
Man paling ke arah ayahnya dengan muka keliru, "Tapi abah, Man tak pernah puase pon sebelum nih..Puase tu macam mane abah?"

Tahun ini tahun pertama Man akan belajar berpuase dan ia agak berat bagi Man. "Man tak boleh makan, tak boleh minum tau..Sampai lah nak magrib nanti baru kite berbuka nanti."

"Tapikan abah, nanti kalau Man tak makan mati laa Man, Man kan nak besarr, kenela makan banyak2" Ayahnya tersenyum melihat muke Man berkerut memikirkan perkara ini.

"Bukan tak makan langsung la Man, nanti pagi2 sebelum subuh Abah kejut la man. Mase tu man makan la banyak2 tau.. nanti siang man tak boleh makan dah.." Man makin tak paham, masih terkial-kial untuk menangkap ape yang ayahnya beritahu. Tetapi lama kelamaan man seperti tahu apa yang perlu dilakukannya.

Dengan perlahan man cakap, "Pagi nanti Man kene makan banyak2 la abah.." Dalam fikirannya sudah terfikir untuk makan Nasi dan Lauk dengan banyakk.. makan selagi mempu dan makan untuk satu hari berpuasa.


"Abah-abah, kawan Man cakap, mak die kasi puase sampai setengah hari je.. Kalau man pun nak puase sekerat hari je boleh abah?" Ayahnya termenung sekejap. Memikirkan mungkin lebih baik kalau man belajar berpuasa untuk separuh hari dahulu..


"Abah-abah, kawan Man cakap lagi kan, Mak die kasi satu hari seringgit tau kalau puasa. Man nak seringgit jugak boleh abah? " Ayahnya masih membisu. Memikir yang terbaik untuk anaknya itu.



"Man, semua yang Man nak tu abah bagi. Tapi janji dengan abah, bulan ni abah nak Man belajar mengaji Al-Quran ye."


"Baik abah."