Pengikut mogok lapar

Friday, September 11, 2009

Tentang Aku dan Dia

1 September 2006,

Tarikh keramat yang terngiang-ngiang didalam kepala semua pelajar form 5 waktu itu. Julia Johari juga turut merasakannya. Trial Spm sudah sangat hampir, dan Julia semakin risau kerana banyak lagi subjek yang tak sempat lagi diulangkaji terutamanya subjek kelemahan semua pelajar.

Matematik Tambahan.

Akan tetapi, ini memang sangat berbeza dan Trial Spm merupakan hari-hari yang sangat bahagia kepada Ruzaini Hamid. "Wahh, akhirnyaa..akhirnya dapat jugak aku jadi pelajar biasa!!" Ruzaini menjerit dihadapan pagar sekolah.

Hidup Ruzaini sebagai pelajar sekolah memang agak luar biasa. Hari di sekolah banyak cabaran. Walaupun orang selalu melihatnya sebagai jenis yang Happy Go Lucky, tetapi apabila Ruzaini berada didalam kawasan sekolah, Ruzaini umpama seorang askar di medan perang yang sangat berhari-hati daripada terpijak periuk api musuh.

"Bile exam, konfem tak ade Perhipunan."
"Bile takde Perhimpunan, konfem tak ade SpotCheck"
"Bile takde SpotCheck, konfem rambut aku panjang! "

Bijak membuat Hypothesis dan Conclusion. Ruzaini tersenyum seorang diri. Masih mahu meniru style rambut ala Kim Jeong Hoon. Hasratnya itu mungkin agak sukar tercapai, kerana ramai pihak yang akan membantah. Tetapi Ruzaini tetap mahukannya.

Yang agak peliknya disini, Ruzaini tak pernah fikirkan yang beliau akan menghadapi Trial Spm.


Sehinggalah Ruzaini teringat akan Julia yang semakin hari semakin resah. Ruzaini juga cuba untuk mendekati Julia dengan lebih rapat lagi. "Kalaulah aku boleh ajar Julia addmath mesti romantik!" Sedang berangan. Ajaibnya, Ruzaini perlahan-lahan mengulangkaji Matematik Tambahan dirumah. Subjek yang paling teruk dan tak pernah lulus.

Hinggakan Ibu Ruzaini yang hari-hari berleter dan menyuruh; " Ruzaini Belajar! Lepas makan nanti Belajar, Lepas sembahyang nanti Belajar, Sebelum tidur tu belajar dulu! lepas tu baru boleh tidur." tiba-tiba terdiam, seperti ada satu yang tak kena dengan anaknya yang tiba-tiba tekun belajar.

Walaupun tak pernah bercakap atau berbual langsung dengan Julia, Ruzaini merasakan yang Julia seperti 'pemangkin' untuk beliau terus belajar (ataupun pergi ke sekolah). Senyuman yang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja. Ruzaini berusaha mencari jalan supaya dapat berbual dengan Julia.


To Be Continued

4 comments:

Juℓi€t ™ said...

ahaa..sweet! slamat ary raya btw

orkid said...

lame da xon bloh,dgn harapan bile on crite ni da hbs.
adoi bang,knpe stengah2:P

e f a said...

weyh..
aku pernah tgk muka hg dlm school magazine..
foyos siot..
HEE..

Kenzo said...

hahaha? really? aiseh, tu muka masa muda2 lah..hahah