Pengikut mogok lapar

Thursday, October 8, 2009

Si Kawan Seminggu.

Setelah membaca pasal bab haiwan peliharaan dilaman blog Bosir. Aku teringat jugak yang 2minggu lepas aku ada membela seekor Burung.

Ini semua salah Hafizan yang gatal sangat nak bawak balik burung tu..
Entah macam mane dia tangkap burung tu pun aku tak tawu. Sangat misteri..


Nak tawu Burung ape?



Gambar hiasan


Lebih kurang macam nih la burung tu.
Atau mungkin burung nih lagi hensem. Asalnye memang aku taknak bela burung-burung nih. Tambah lagi orang cakap Selesema Burung. Aku takut jugakla kalau kalau berjangkit plak selesema burung nih.

Tapi memandangkan burung nih jinak, dan tak terbang pun bila aku datang dekat. Aku rase macam nak bela plak. Bijak jugakla idea aku nak bela burung. Daripada idea apek yang nak bela Ikan Laga;


Apek: Man, aku nak bela Ikan Laga lah. Aku tengok kat kedai ikan 3 ringgit lebih je.
Man: Memang la 3 ringgit. Hang nak bagi dia makan apa? Kite pon makan meggi je?
Apek: Alahh, nanti time aku makan aku simpan la sikit nasi. Tapi nak bubuh kat mane eh?

Man: A'ah, tempat tinggal lagi satu. Takkan hang nk bubuh dalam plastik je? Banyak duit bli akuarium?

Apek: Tuh bilik air kita kan ada.. Bela dalam Flush Jamban tu dah lar.. Hahah
Man: =.="



Selamat tak jadi nak bela ikan tuh. Dan rasa aku, ini lah peluang terbaik nak bela burung. Aku nak cipta sangkar khas untuk burung ni. Burung kan suka udara yang bersih. Jadi semestinya sangkar aku ni memerlukan aliran udara yang terbaik. Ringan dan selesa. Dan kalau terlepas pun mesti burung ni datang balik tidur kat sangkar aku. Last skali yang paling penting ialah ianya dibuat 100% cost free.

Haa, lupa plak nak bagitawu yang budak-budak rumah aku dah bagi Burung ni name Tony Ja. Aku tak kenal jugak siape, tapi rasenye Hero dalam cerita OngBak kot..

Setelah meneliti beberapa kriteria yang perlu ada pada sangkar ciptaan aku. Aku pun ambil masa 3 setengah minit untuk memikir bahan ape yang paling sesuai untuk membuat sangkar dan mengambil masa 5 minit untuk menyiapkan sangkarnya.


Alhamdulillah burung tu Happy.
Dan semenjak aku buat sangkar baru tu, kami makin rapat. Bila aku makan, barulah dia makan. Tapi tu pun kalau aku tak makan kat luar. Sampai aku usap kepala dia pun dia tak lari. Tapi macam segan segan jugak lah. Tunduk je. Malu agaknya.



Selesa dan Stabil.


Sangkar ni mungkin agak kecik. Tapi terletak strategik didapur supaya kalau dia betul-betul lapar senang lah nak makan. Tu pun kalau aku masak nasi.

Tapi aku sempat bela Tony Ja dalam seminggu lebih je. Bila pagi tu aku datang jenguk, Tony dah takde. Mungkin dia ada hal lagi penting agaknye.

Dan 3 hari selepas Tony hilang, baru aku tawu yang Tony Ja sebenarnye tak boleh terbang sebab sayapnya patah. Ini semua salah Hafizan yang tak bagitau awal-awal.

7 comments:

kaori-chan said...

haha .
cyan ang naa .
cumel ah brung tuh .
:)

ashmiracute said...

haha,,,
comey burung;p

Anonymous said...

tony ja tlh diselamtkn oleh rakan-rknny. wonderpets!

-brandon apiz- said...

haha.
berbalik kepada cdgan ak.
kita bela ikan laga:D

Anonymous said...

MAN, HANG BARU BELI PERIOK NASI KE? KOTAK PERIOK NAMPAKNYA TUH, BAGUSLA, MASAK NASI, LAUK BELI KAT KEDAI, JIMAT SKIT, MAKAN PUN BLEH TAMBAH. BADAN KENA JAGA

e f a said...

ceyh..
bce kat bosir ye..
HEE..
wah wah..
semakin maju ko nie..
bela burung..
ko menduakan piah la..
HEE..

kenzo said...

haha, takdeee..

Piah tetap 1st lahh.. burung neh utk kenang kenangan je..haha