Pengikut mogok lapar

Sunday, November 15, 2009

Cuti Semester.

Dah macam-macam bende yang aku fikir nak buat untuk cuti semester nih, sorila kalau dah lame tak post entri. Terlalu bz study Dynamics, geram btol tak pandai-pandai.. mungkin aku perlukan perasaan kasih sayang yang lebih untuk pandai dalam Dynamics..

Ouh, teringat pulak kat Apek yang dituduh meniru dalam exam.. Dia terpaksa balik lambat sikit sebab hari ni hari dia naik mahkamah universiti..Aku nak jadi penguam bela kau tapi kau taknak..ceit, i'm pretty good in Law tau and aku jugak jaguh berdebat tau dak...haha,

Ahh, lupakan lupakan.. now i'm free, xD 24/7 free tau..ngee~ nak tambah rekod tido aku 13hour and above! hahah.. Tapi time cuti nih jugak mungkin ada beberapa matlamat yang aku nak capai;

  • Belajar camne nak Hack Molpoint system.
  • Belajar chord "a little piece of heaven" (mungkin mustahil, tapi aku nak cube jgk ;D)
  • Makan, gemukkan badan dan rehatkan sistem saraf aku dengan tidur sepanjang hari!
  • Main MafiaWars sampai level 40 habislah kau kakyang, aku mesti potong punye!
  • Tengok past episode Nur Kasih kat tv3.com
  • Tengok Newmoon! Ohh Bella swan~

Tapi belum sempat ape aku dah banyak bende nak kene buat, aisehh.. betul cakap orang.. kita mampu merancang, tuhan yang menentukan..


  • Bangun je tido, mak dah msg.. "Buang Sampah, kulit-kulit durian, basuh pinggan, sapu sampah, basuh kain."
  • Ayah pulak suruh " Balik nih, belajar untuk semester depan." (Thermodynamics? Dynamics je pun dah macam gila study)
  • Tolong Pakcik Mat cat rumah
  • Urut-urut wan
  • Jaga atok

Demam pun tak elok lagi neh, terpakse jugak aku teruskan hidup.. Makcik Tah pun dah kene pecat ngan akak, takde sape lagi dah nak lipat baju aku.. Tapi kalau makcik Tah ade kesian pulak kat atok, asik kene buli je..

Nampaknye aku jelah yang kene jage semua orang.. Aku kan Abang.. Hahah, baru sehari duduk rumah pon dah macam-macam jadi, selamat piah ade, boleh jugak ketuk-ketuk dia..hee, i hope that cuti nih lagi best dari cuti sem lepas.. =] Atok pon harap cepat sembuh eh, jangan tanye senapang dekat aku dah la.. camne la nak jawab nanti..

5 comments:

Anonymous said...

ahaha. jom jom. aku ngah menanti edward cinta aku ni. ahaha. :D manyak ohh movie aku nak khatamkan dalam cuti sem ni. aishh. tak sempat nnt aku nak sambung kat tepeng lak. ahaha. 2012 best :) tgk da? tgk tgk.

kenzo said...

blum lagi lahh, aku nak pegi tgk..
tapi tak sampai ati, sbb adik sedang spm plak..waduh2..

kne pegi senyap2 neh..haha

-brandon apiz- said...

haha.
aku terlepas tduhan meniru weh..best gila.
aku ade kabel besar...En Rozaiman support aku..die kan ketua Fakulti.

Lembu btoi.
tudung kalkulator tuh tulisan pompuan.bukan aku pya.

::smaku:: said...

Pertama sekali...kakyg dah bosan dah ar main Mafia Wars! Booooo lambat!

Secondly, makan durian???!! tengah musim ke?

Lastly, padan muka ganti Cik Tah. Hari tu kakyg kena.

Anonymous said...

tu la. lain kali kawan ngan aku n amanda. sure kau cepat tgk :P