Pengikut mogok lapar

Monday, November 30, 2009

Memori DiTandas

Pelupa sangatkah aku?

Rasenye tak jugak, sebab nak ikutkan aku ade jugak memori mase aku budak-budak dulu.. At least paling kuat pon mase tadika dulu..Dan kalau nak cerita pasal sekolah rendah, yang aku boleh ingat sampai sekarang ialah seorang kawan aku yang macam mane aku bleh kawan tah..


Osman*.
Kawan yang aku ingat dulu..
Osman seorang yang kurang upaya, dari kecik dulu osman dah takde kedua-dua kaki untuk berjalan. Aku rase memang dari kecik la Osman takde kaki sebab aku sekolah ngan dia pon dari sekolah rendah lagi..

Mungkin aku boleh anggap Osman sebagai kawan baik aku disekolah. Yela, sebab kalau tak, mesti aku dah tak ingat langsung pasal si Osman nih. Sampai sekarang aku boleh bayangkan lagi kerusi rodanya yang aku akan naik bila waktu rehat tiba.

Dan dia langsung tak marah pon, mungkin jugak tak berapa berani nak marah aku.. Sebab tinggi aku 2 atau 3 kali ganda lebih tinggi daripada Osman.

Aku jugak ingat yang tiap-tiap kali Osman nak pegi tandas, aku yang akan bawak Osman ke tandas. Selamat waktu tu, tandas sekolah ada tempat pancut yang macam dinding tu, lepas tu air akan automatik turun dari atas dan bersihkan tempat tu.

Kadang-kadang aku takut jugak hujung seluar yang Osman pakai termasuk dalam longkang tandas. Yela, aku jugak yang akan angkat Osman naik balik ke kerusi rodanya. Tapi aku tawu, Osman jugak seorang yang berhati-hati dalam setiap langkahnya.

Dan satu lagi yang aku ingat, dalam beberapa tahun tu Osman dah mula pakai Kaki Palsu. Waktu tu, Osman kene ader tongkat pulak. Untuk biasakan dulu macam mane nak guna Kaki Palsu tu. Kaki Palsu tu jugak yang membolehkan Osman pergi kencing sorang-sorang. Tak payah lagi aku nak tolong tolakkan Osman, bawak Osman turun dan naik dari kerusi rodanya.

Tetapi, rasenye disebabkan Kaki Palsu tu jugak hubungan aku dengan Osman semakin pudar. Mungkin Osman dah tak perlukan khidmat aku lagi membawanya pergi ke tandas. Dan lama-kelamaan aku pun tak pasti sejak bila dah aku mula tak bertegur dengan Osman. Osman sudah mula hilang dalam ingatanku.

Selamat tinggal Osman.



*Osman bukan nama sebenar.

7 comments:

-brandon apiz- said...

aku tau sape:)

err..dia dkat ngn umah a ja kot.
tp skang ak dah tak nmpak dia jgk.

Sanoyara said...

takdak la dekat sangat pon, dia dekat ngan lombong itik tulahh..

Anonymous said...

nmpk osman kua tb. tgk iklan petronas?

osman* bkn nme sebena.

kenzo said...

Kalau camtu, umor aku pon lebeh kurang osman dalam tv tu lah, heheh..

Qiela said...

agk mleleh aku bce . aku phm feelin ang . cz aku pnah gne tongkat . kini tongkatkuh suda d smpan dlm stor dgn slmt. haha . cyan dye :P

Kenzo said...

wah, hg sakit ape dulu? boleh tumbuh balik eh..

Qiela said...

bkn saket laa . dlu aku xcident then lmpuh slame lbeh krg 2 mnggu . bru aku tau feelin org oku .