Pengikut mogok lapar

Tuesday, December 8, 2009

Ikan Pedas

Aku tak suka makan ikan.
Jadi agak sukar untuk aku ketika berada dirumah. Mak memang suka masak ikan. Aku makin kurus. Kalau kat Penang, hari-hari aku akan makan ayam.. Tak pernah muak. Selamat hari ni mak masak satu-satunya ikan yang aku makan didunia ini.

Selain ikan bilis,
Hari ini mak masak Ikan Pedas.


Ramuan dan Cara memasak;
  • Anda boleh gunakan apa jenis ikan sekalipun. Janji Ikan.
  • Gaulkan Ikan dengan kunyit dan sedikit garam.
  • Goreng Ikan sehingga masak.
  • Potong Cili Merah, Bawang Merah dan Bawang Putih.
  • Tumbuk kesemua bahan-bahan.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Setelah berbau 'Wangi' ataupun anda telah bersin-bersin, Gaulkan bersama ikan dengan sambal tersebut.


Sangat mudah, rangup, pedas, cepat dan yang penting sedap. Masakan ini sangat sedap hinggakan boleh mencetuskan pergaduhan.


Aku serius,
hampir-hampir terjadi pergaduhan.




Panas-panas lagi diaorang makan.


Pergaduhan antara Kucing Putih dan Kucing Ecam.
Tetapi Kucing Putih itu bertolak ansur dan pergaduhan tidak terjadi. Mungkin Kucing Putih itu kesian kat Kucing Ecam, yelah tuannya dan 3hari tak bagi makan. Sungguh kejam.

Dan Piah hanya tahu tidur selepas makan Whiskas dengan kenyangnya.




Bajet Simba.


Piah Anak Emas.

3 comments:

farah nabilah wazer said...

ehh kau bela kucing ? caring caring :DD

Kenzo said...

lah, tula.. taktau aku sgt caring2, ahaha.. ;D

kaori-chan said...

eman mmg sgt caring pnn ;) . piah comel ahh . mate dye cmney =.= . mmg emas sngguh .