Sekarang aku sedang berada di Pulau Penang.
Selamat tinggal Taiping Bandar warisan, aku akan pulang kembali mungkin pada Raya Cina nanti. Dialek aku pun telah bertukar daripada menggunakan "Ini satu berapa bang?" kepada "Hat nih satu brapa taktau?"
Ya, inilah kehidupan.
Berusaha untuk menyesuaikan diri kepada keadaan sekeliling.
Tapi mari kita Flashback balik benda berguna yang telah aku lakukan semasa cuti semester dirumah. Antara satu atau mungkin satu-satunya benda yang berguna telah aku lakukan ialah:
Aku telah menjadi usahawan muda.
Jangan ingat aku berbual kosong kerana aku agak pandai dalam Business Management. Ianya sangat mudah, hanya perlu sedikit kos bagi memulakan perniagaan dan dengan tawaran menarik, akhirnya telah menarik ramai pelabur untuk melabur dalam perusahaan aku.
Aku dan rakan kongsi (Bangah) telah memulakan perniagaan kecil dengan kos serendah RM2.00 tetapi Bangah lebih kepada sektor yang menggerakkan kerja. Aku pula lebih kepada bidang management yang banyak memberi Idea dan sokongan.
Ya,
agak kecil permulaannya..
Teko dan Pasu tidak dikira dalam modal perniagaan kerana sumbangan dari Wan dan Emak. Inilah hasil permulaan yang sangat memberangsangkan. Dan dengan slogan kata "Sape bagi duit beli ikan, kami akan namakan ikan itu namanya!" telah menarik ramai pelabur untuk melabur dalam perusahaan yang kami mulakan.
Akhirnya,
Perniagaan kami telah pun membuahkan hasil. Untung berlipat ganda! Ikan Laga yang mulanya seekor telah ditambah hingga lebih 5 ekor! Tempat dan landskap bagi menternak haiwan ini telah di Upgrade.
Memang banyak Ikan Laga yang telah menyertai perusahaan kami. Disebabkan mereka ini Ikan Laga, terjadi juga Pergaduhan yang menarik.
Sangat Comel.
Emak telah melaburkan lebih sedikit bagi menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat kami. Harga kura-kura ini lebih kurang dalam Rm8.00 seekor. Dan disebabkan terlalu comel, aku bawak dia berehat dengan aku.
6 comments:
hahaha!
comel gila EMAK
nampak sopan jea dia :pp
kau tak menyumbang pon!
to farra: Haa, cepat la sumbangan kau di alu-alukan! ;D
to smaku: eman bnyk bagi idea tau! hahah..
ngee . comeyy la kura2 tuh . tringat lk kura2 aku . dye skrg suda aman bhgie hdup kt lake . mish dye :(
haha,
sekarang kura2 hg dah besa kot..
slalu jogging pusing lake.. :D
haha . mybe laa . ntah2 da b'famil bsar kt lake tuh :D
Post a Comment