Pengikut mogok lapar

Wednesday, November 24, 2010

Masih lagi hari pertama.

Buat-buat tahu.


Jeng jeng jeng,
inilah kerja aku pasang suis bagai, diaorang suka cakap guna bahasa mereka. Jadi aku lambat tangkap dan baru aku tahu kalau pasang suis diaorang panggil "fitting".

memang macam kaku,
tapi bila tuan rumah tengok aku tengah pasang, terus control macho. Buat laju-laju macam dah biasa, padahal setahun sekali pegang skru dengan plug.




Flat Kampong Melayu Lama.


Adeh,
baru aku ingat yang flat ni bukan dekat Balik Pulau. Rupa-rupanya kami telahpun berjalan menaiki motor sampai ke kawasan Kampong Melayu Lama. Penat aku hafal nama tempat ni sebab nak tulis dalam blog.

dan aku terpaksa angkat paip besi sampai ke tingkat 7. Sebab kami ditugaskan untuk settledown semua aras tingkat 7 secepat yang mungkin.

Tuhan sahaja tahu penat dia macam mana, selamat dulu spm agak memberangsangkan. Boleh masuk universiti, tak payah kerja penat macam ni.


Tingkat 7


"Dulu sini banyak mat gian, tu yang tempat jadi lagu tu." -Haqqim-

Setakat mat gian ni takpe lagi. Aku boleh tahan, tapi disebabkan aras ni kecik dan tak cukup "air ventilation" korang akan bau benda semacam. Macam serbuk kari campur dengan peluh ke ape entah.

Meremang bulu roma aku bau benda tu.
Paling menyeksakan aku ialah terpaksa makan tengah hari Ikan Keli goreng dengan kuah kari yang boss belikan. Depan boss, memang terpaksa makan pun.

dan benda yang paling mengerikan lagi iaitu naik lift tingkat 7. Kena tahan nafas dan keluar laju-laju.




Lift Tingkat 7.

6 comments:

yaya said...

dia ada ikut balik tak? alah, yang kat dalam lif tu =,="

kenzo said...

tidakkkk, ahahaha..
takleh ikut lahh..siang2 terbakar..:P

ajif said...

haha..lift hantu merata de..
lpas ni, cr lg tmpt mcm ni taw
post lam blog
=P

Kenzo said...

ahhh, takmau dahh..haha,
serik bau kari geli geleman tuh! hahah

nuramalinamohdraus said...

kenape lawa sangat ??
HAHA dah macam dalam cite the seekers je ;)

Kenzo said...

ahah,
btol jgk kn,
patut rase smacam pakcik seekers tu ada..haha