Memang cukup fardhu,
tapi betul ke? Terasa macam hipokrit kalau orang tanya dah ke belum? Sudahh.. dengan riak takbur. Sampai bila perlu macam ni.
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh 2 rakaat kerana Allah taala.
Disebabkan mak yang kejut pagi bising suruh sembahyang. Lillahi ta'ala?
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor 4 rakaat kerana Allah taala.
Disebabkan rakan ajak sebelum masuk ke kuliah. Lillahi ta'ala?
Sahaja aku sembahyang fardhu asar 4 rakaat kerana Allah taala.
Disebabkan ingin dapat ganjaran pahala. Lillahi ta'ala?
Sahaja aku sembahyang fardhu magrib 3 rakaat kerana Allah taala.
Cukup sekadar menghapus dosa-dosa lama. Lillahi ta'ala?
Sahaja aku sembahyang fardhu isya' 4 rakaat kerana Allah taala.
Disebabkan ingin lulus periksa. Lillahi ta'ala?
Betul cakap orang,
mula dengan merangkak, berjalan dan berlari. Harap suatu hari nanti semuanya dilakukan dengan Lillahi ta'ala.
7 comments:
terus mencuba, kerana usaha itu lebih besar dari hasilnya ;)
insyaallah, one day you will. amin. :)
niat kena betui..sure nanti akan sendiri nye lillahi ta'ala
banyakkn pegi ke kuliah/cramah agama kalau nak betol2 nak kerana Allah.
Fake it until you make it.
bagus entry ni
okay msty anda tertanye serta bengang kenape la si amalina neyh byk comment post aku neyh ish ish dan ish -.-"
jawapan : okay saye busan skank ;(
*agak agak bole diterime pakai tak ??
Post a Comment