Pengikut mogok lapar

Wednesday, December 22, 2010

Sekarang musim mengawan?

Sapu..sapu..
Bersih segala sawang. Tiup habuk, cuci mata. Buang tahi kucing, halau anjing-anjing. Cabut rumput semalu, gunting pokok kemucut. Petik buah anggur, tanam carrot susu. Ambil air sembahyang, bentang sejadah. *tiba-tiba

Wahh, lama betul aku tak update blog!
ini semua gara-gara mood yang hilang beberapa minggu lepas. Haih, dah la kalah dalam Tournament Silat tu. Ingat dapat bawak balik medal boleh jugak mintak elaun lebih dekat Hep Uitm.

Tapi takpe,
yang lepas tu dah lepas. Pengalaman yang ade sekarang ni boleh la diturunkan sikit-sikit untuk generasi akan datang. Mana tahu bakal pengganti lebih berbakat dan kreatif. Wajib seksa diaorang lebih 110% daripada kesengsaraan aku.

Eh, bebalik kepada topik utama yang hendak dibincangkan.
entah kenapa 2-3 bulan ni, ada je orang yang akan tanya aku pasal "jodoh".
asal duduk semeja, sebelum order sampai:



"Man, awek ko orang mane?"
"ko ade adik? kakak?"


agak menyampah jugakla nak jawab soalan macam ni,
dah kali ke berape asal jumpa kawan baru mesti keluar jugak soalan macam ni. Kan best kalau tampor orang, lepas tu orang tu tak tampor kita balik.


"Hang muka jambu takkan takdak nombor awek sorang kot"
"Adjust la kat aku satu"


ingat perempuan boleh jual beli ke yang nak mintak nombor senang-senang.
bukan taknak satukan jodoh, dah kalau tak usaha sendiri pastu dapat cara senang, konfem lepas tu nak tinggalkan pun senang.


"Man, abang nak yang tu, tolongla adjustkan."


ini pun satu masalah,
dia yang nak boleh pulak suruh aku yang adjustkan. Macam pelikla, kalau aku jadi perempuan tu pun aku dah rase lain macam. Gentleman sikit lah please.

bukan aku tak suka tolong orang,
tapi bab jodoh ni rasanya lagi elok cari sendiri. Tak payah nak kena tunggu orang lain tolong carikan. Sekarang segala macam ada, Fesbuk, Mespes, Prenster, tunggu apa lagi?

Nak ramai lagi orang add?
guna gambar Farid Kamil. Konfem ramai orang add, Tiga ribu jugakla friends dia.

2 comments:

FH said...

haha ala, jodoh nanti datang sendiri. tp perlu dicari. hehe

fwaah. terer silat ar ni?

Cik Wahida Jumaat said...

ini entry terbaik hg sebagai pndangan lelaki.bgus2...

bagitaw kwn2 lelaki hg..perempuan nak yang gentlemen... :)

wink3