Pengikut mogok lapar

Tuesday, June 21, 2011

Farhan.

Lepas je jogging,
aku terus balik rumah. Lantas Makcik Tah dengan kelincahannya tanya aku kot kot ada orang yang ada lori untuk bawak almari yang Wan aku sedekah.


"Nanti kalau eman ade teringat sape-sape bawak lori eman tanye eh."

"Tinggal almari ni je, nak bawak sorang Makcik Tah tak larat. Kene ada loriii.."


Baru aku teringat.
Dalam bilik air lagi aku dah teringat, ade sorang kawan aku yang memang ada lori sejak aku sekolah rendah lagi.

Farhan.

Datang balik memori dulu,
Selain Ecam, Farhan merupakan kawan baik aku jugak masa Darjah Dua. Memang dulu masa zaman sekolah aku selalu pergi rumah dia, baru pergi sekolah. Time tu aku sangat kagum sebab bapak dia je yang ade Lori dalam kampung ni.

Lori tu jugaklah yang bawak Lembu dan Kerbau bila hari raya korban tiba. Lagi sekali aku kagum sebab dia je yang berani pegang Lembu dan Kerbau tu. Aku mampu lihat dari belakang pokok pelam.

Farhan ada keturunan mamak sikit, jadi badan dia pun memang besar daripada orang lain. Sebab tu jugakla aku suka kawan dengan dia.

Masa tu kami berdua je paling tinggi dalam kelas, selalu kena cuci papan hitam. Shit betul.


Farhan.


Aku dengan Farhan suka gaduh.
Ini semua pasal WWF, sebab banyak sangat terikut agaknya. Farhan suka ajak aku lawan bawah pokok masa rehat dekat sekolah.

Time tu kenapa la aku tak takut langsung walaupun dia badan besar.



Tak ingat dah siapa menang,
tapi lepas gaduh selalunya aku yang buat macam sombong sikit. Tak nak salam.
Jadi jenuh jugakla Farhan pujuk aku, bagi air botol, nasi goreng mak dia, macam macam lagi.

sampaikan aku buat satu agreement dengan dia.



"Hang nak kawan dengan aku balik kena salam dengan meja ni."


Jadi aku pun lukis tapak tangan, suruh dia salam.

3 comments:

~NajiLaA~ said...

rajin kn melukis? :)

aleen aiden said...

hahah.aku sker sental pap7an itam! ;P

Juℓi€t ™ said...

haha gedik gila!..