Pengikut mogok lapar

Sunday, April 26, 2009

Mungkir janji

Selepas menulis nota untuk bersedia dalam final exam, aku cuba mengingati ayat-ayat penting yang diHighlight. Aku tergamam, 2-3 kali aku mengeja perkataan yang aku sendiri tulis...
masih tak dapat... dan selepas 5minit aku teliti betul-betul barulah aku sedar yang tulisan aku selame ni memang tak lawa (kemas,cantek dan tersusun). Walaupun perkataan itu masih tak dapat dikenal pasti, aku give up dan sambung menghafal ayat-ayat lain.



Kadang-kadang terfikir jugak nak ade Nota yang lawa... Nota yang senang dibaca dan macam tulisan perempuan...(perempuan tulis lawa kan?) Lantas aku teringat semase aku Darjah 5. Sekolah rendah memang bosan. Semua bende dalam sekolah macam tak kene dengan aku.
Hari yang bosan, meja buruk, kerusi kecik, papan hitam... paling tak tahan Kawan sebelah yang selalu berak dalam seluar dan menangis.



Kelas BM jugak salah satu kelas yang aku "Anti" sebab banyak menggunakan kepakaran berfikir. Karangan memang susah... menyambung ayat merupakan kelemahan terbesar aku.
Cikgu Roznah selalu marah murid-murid yang tak pandai membuat karangan. Dia jugak selalu bagi Homework yang susah dan mencabar (bagi aku). Ada satu karangan kalau tak salah bertajuk "Aku Sebatang Pen" yang aku rase aku dapat buat yang terbaik. Aku dengan yakin berjalan ke meja cikgu dan letak karangan aku paling atas sekali.


Tetapi...

Nasib memang malang, cikgu Roznah rupanya tengah bad mood dan sangkaan aku yang karangan nih dapat pujian memang meleset.. Memang nama aku jadi orang paling awal sekali kene panggil; "Kenzo! datang kedepan kejapp! " tersipu-sipu aku datang sebab suara cikgu memang kelas sebelah boleh dengar... "Berape kali cikgu nak cakap, baiki tulisan kamu." rasenye memang dah banyak kali cikgu Roznah cakap kat aku. Aku dah usahe tulis lawa.. tapi Malas memang mengatasi semuanya...



Dan Nasib kali ni memang tak baik. Aku kene dende dengan menulis;




"Saya berjanji akan membaiki tulisan saya."

"Saya berjanji akan membaiki tulisan saya."

"Saya berjanji akan membaiki tulisan saya."

"Saya berjanji akan membaiki tulisan saya."

"Saya berjanji akan membaiki tulisan saya."

"Saya berjanji akan membaiki tulisan saya."



Kali ni aku memang tulis dengan teliti kat papan hitam sebanyak 6kali. Siap kene bersuara lantang. Kawan-kawan kat belakang pun tak berani nak gelak sebab cikgu BM semua orang tahu dia memang garang. Aku malu sekejap... Rase rendah diri pun ade... tapi sifat aku yang control cool mengatasi segalenye..

Dende cikgu Roznah menjadi pemangkin aku untuk tulis dengan lawa sejak kejadian tu. Janji yang dah aku tulis juga akan aku cuba kotakan.
Tapi, Semangat tu dapat bertahan seminggu je dan tulisan aku kembali buruk dan ubat yang berkesan untuk tidurkan orang. Aku dah cuba... kali ini, aku cuba lagi untuk kotakan janji yang dah aku mungkiri.

Teringin nak repair tulisan aku sampai jadi macam 'Times new Roman' =]

2 comments:

Anonymous said...

control tangan tu. its may help :) lawa its not the matter, asalkan dapat baca je :) betol an? :)

Kenzo said...

yap betol2.. tapi masalahnye tangan ni memang tangan aku.. dah kawal.. tapi degill haha