Pengikut mogok lapar

Thursday, May 14, 2009

Kecik dan Besar

ini bukan gambar hiasan..=]

Macam-macam dah yang berubah time aku kecik sampailah aku dah besar. Kata orang, kalau bela lembu konfem dah beranak dan kalau bela taugeh mesti cecah awan. Banyak juge rasenye bende yang jarang orang normal buat, aku lakukan. Tapi ni jugak tak bermakne aku seorang abnormal okeh.


Waktu Kecilku,

-Mase aku darjah 2, time tu 'pecahan' mula diperkenalkan oleh Cikgu Imar selaku guru Matermatik dan Jasmani. Semua orang dalam kelas laju je faham tapi macam mane aku boleh tak reti langsung nak guna pecahan mahupun bezakan mane lagi besar antara 1/2 dengan 1/4.

-Waktu orang pergi mengaji al-Quran dirumah Uztazah Azizah pukul 9 malam, aku sempat lagi tengok longkang belakang rumah kalau-kalau ade ikan keli tersangkut dekat pancing yang menggunakan umpan usus ayam. Selang 2-3 hari mesti ade ikan yang tersangkut dan lepas tu dijual dekat pasar malam.

-Form 4 & 5, beg sekolah aku 96% dipenuhi dengan udare. Buku teks aku suke kongsi dengan member sebelah meja yang sangat baik hati. Walaupun dia tak berape pandai,tapi dia rajin.Itu yang aku suke, dan meja sekolah jadi loker untuk simpan buku latihan.

-Hari Rabu adalah hari unit beruniform. Aku memang tak suke kawad. Tapi kenape la aku termasuk Kadet Bomba dan rasenyer 2 tahun sekali je aku datang persatuan tu. Yang paling pelik bile aku terime sijil kokurikulum tertulis 'Persatuan Kadet Remaja Sekolah'.


Waktu Besarku,

-Alhamdulillah gred aku agak memberangsangkan. Kalau tak paham ape yang lecturer ajar aku suke buat2 faham je dan lepas tu baru kalot buat revision.

-Buku Physic karangan Giambattista dan Mr/Mrs Richardson setebal 843 mukasurat pun sanggup aku bawak dari kolej ke kampus with my bare hand u kno... dan tak rase pulak nak poteng kelas ke ape ke..=]




1 comment:

seniorita yaya da' bee said...

well, growing up mmg byk yg menarik :D