Pengikut mogok lapar

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

Ayah seorang yang sangat sangat pemurah.
Aku teringin nak jadi macam dia satu hari nanti... Dia suka sangat tolong orang. Mak aku pernah cerita dulu masa sebelum kahwin yang Ayah duduk rumah sewa dengan kawan dia. Kawan dia tak kerja dan tak ada apa-apa, Ayah lah yang bela kawan dia tu, makan sama2, suruh dia belajar, cari kerja dan macam2 lagi... Kalau aku kat tempat Ayah, yang baru je bekerja dah nak kene kasi makan kat orang lain.. tak tahulah..

Tapi dulu Ayah sangat garang, sebab aku mase kecik2 aku memang paling jahat.. lari sane, lompat sini, bjalan jauh2, balik rumah senja2, dan rasenye aku jugaklah yang paling banyak kene pelbagai jenis rotan, tali pinggang, hanger, ranting pokok jambu, macam2 lagi...Tapi dengan rotan tu jugak lah Ayah ajar aku camne nak jadi manusia.



Hari ni, Hari Bapa.
Aku ingat nk ajak family celebrate, pergi makan ke ape ke,
tetapi hari ni Ayah tibe2 BadMood, ayah baru je balik dari Kl, mensyuarat agaknye... Dah lame aku tak tengok Ayah marah macam ni. Aku pun tak sempat nak cakap ape, dan bila Ayah marah, mesti orang sekeliling pon akan terkene tempiasnya.


Abang aku kene marah sebab dah nak sebulan tak repair2 lagi kasut Ayah yang terkoyak. Mungkin dia terlupa, tapi kenape Ayah marah sangat tah,, dan suruh buang je kasut tu.

Adik lelaki aku pon kene marah sebab keputusan peperiksaan pertengahan tahun dia agak teruk.. Ayah suruh dia cari kerja je, jadi kuli orang.

Kakak aku jugak tak terlepas, sebab lampu kereta dia tak repair2 lagi..Lama dah Ayah suruh repair, tapi dia juga terlupa agaknya..Ayah jugak marah dia.. What a same day..



Selamat aku terlepas daripada kena marah sebab aku tak ada apa2 Assignment yang disuruh ayah dan waktu dia marah tu, aku tengah tidur.. Aku tak dapat pon nak wish kat Ayah dan rasenye Ayah tak ingat langsung hari ni Hari Bapa. Aku tawu, ape yang Ayah cakap bila tengah marah tu, sebenarnya takde niat pon.. Ayah cuma nak yang terbaik untuk anak-anaknya. Walaubagaimanapun dia tetap ayah aku. Aku sayang ayah.




Ayah, Selamat Hari Bapa.

9 comments:

baNANA;) said...

kau bile nk jadik bapa^^

e f a said...

syg ayah aku gak..
weee~

::smaku:: said...

hah! ayah marah sebab korang x wish!!!

padan muka!

ekamok said...

betul tuh .macam ne pon dia ttp ayah kita . and nnty kau pun akn jadi ayah so paham2 lah yea (:
hahahaha

Kenzo said...

banana; ahah,insyallah jadi la aku bapa yang baik. ;DD


efa; Yey, slamat hari bapa jgk!


smaku; bapaku, bapamu jua, ;]


ekamok; erm, itulah.. slamat aku sayang bapak aku..ngee

seniorita yaya da' bee said...

at least ayah kau ade kat umah. papa aku, hari bapa ni, dia g outstation, aku wish gne sms je, nak call takot dia dalam meeting. tapi last2 dia call aku jg. yang nak jadi sedih lagi, aku tak tau pun dia g outstation, aku siap beli kek lagi bawak balik, balik je bibik aku bitau, "untuk tuan ke? tuan tiada. tuan kerja di tawau." adoii hampa aku, kek tu dlm peti ais je smpai arini, esok papa aku balik, aku bagi la dia walopun da lebih 2hari da sejuk dalam peti tu. uhuhuu nyway, macamne pun, tetap sayang dia sampai mati :)

Kenzo said...

ohh, kau pon sae eh, erm..tulah
kadang2 tak semua apa yang kita rancang, kita dapat.

Qiel Disaster ! said...

aku syg abah aku gk.wee ;)

kenzo said...

ahaha, aku syg abah kau jgk weh..haha